Pelaburan Sekaligus ( Lump Sum Investment )
Melalui pelaburan sekaligus pada jumlah yang besar, pelabur unit amanah tidak terikat dengan komitmen untuk menambah nilai daripada pelaburan awal unit amanah yang dibuat. Setelah beberapa tahun, nilai unit amanah dijangka akan bertambah disebabkan pendapatan daripada pelaburan dan pertumbuhan modal yang meningkat.
Pelaburan Semula ( Reinvestment )
Pelaburan semula jumlah keuntungan daripada pengagihan boleh meningkatkan jumlah wang yang dilabur dalam unit amanah.
Menyimpan Secara Konsisten ( Regular Saving )
Cara ini merupakan cara yang berdisiplin, fleksibel dan sangat berguna bagi para pelabur untuk meningkatkan pertumbuhan modal bagi keperluan masa hadapan. Sebagai contoh, dengan pelaburan konsisten RM100 secara bulanan, para pelabur unit amanah akan berpeluang membeli lebih banyak unit semasa pasaran sedang menurun, keadaan yang sama dilakukan semasa pasaran sedang menunjukkan aliran menaik. Strategi pelaburan begini boleh meningkatkan purata pertambahan unit serta meminimumkan caj jualan yang akan terlibat semasa pembelian dana.